Salam Sejahtera buat semua pembaca blog SLOB ye..
Moga hari ini anda berada dalam keadaan yang sihat ceria disamping keluarga tersayang..
Minggu depan hari Khamis adalah Hari Deepavali..mengikut kalendar la..jadi mesti ramai yang mengambil cuti dan plan untuk pergi bercuti..maklumlah cuma ambil cuti tahunan hari jumaat sahaja..dah boleh cuti empat hari.
Tapi perayaan ini telah bertukar sehari lebih awal iaitu pada 22 Oktober 2014 hari Rabu. Perkara ini telah diumumkan oleh bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan antara kerajaan di Jabatan Perdana Menteri.
Penukaran tarikh ini dilakukan berikutan Setiausaha Kuil Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam menyatakan penukaran tarikh ini diputuskan selepas mendapat nasihat daripada pelbagai badan agama di India memandangkan kalendar Hindu berubah mengikut pergerakan planet.
Sumber boleh rujuk di sini >> www.kabinet.com.my
Jadi, buat penganut beragama Hindu Noor ucapkan
"SELAMAT HARI DEEPAVALI"
Pss...ttt....hari Sabtunya lak adalah Awal Muharram..best!!..best!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan