Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Rabu, 1 Oktober 2014

Antara Kencing Tikus dan Denggi

Salam semua..

Baru hari ini Noor berkesempatan nak updated blog..sebenarnya dah lama nak buat Ntry ni tapi belum berkesempatan. Lepas husband keluar wad, Noor lak yang tak sihat..haish..macam-macam tapi ini semua dugaanNya...

#15 September 2014

Encik hubby start demam..suhu pun antara 38-40'c..bila makan ubat demam pun masih sama..suhunya tak turun dengan betul.


#17 September 2014

Disebabkan demam masih tinggi, hari rabu..hari ketiga demam, hubby ada pergi jumpa doktor di PPUM..ada juga ambil darah dan air kencing tapi semuanya kelihatan normal. Jadi, doktor pun bagi ubat antibiotik dan mc..pastu balik laaaa berehat kat rumah.


#19 September 2014

Hari jumaat masih belum kebah lagi demamnya. Kebetulan, Noor pun demam sama hari itu..plan mulanya nak bawa en.hubby ke hospitla tapi disebabkan Noor juga demam makanya, kami pun pergi la klinik Mediviron ajeeee....kat Puchong. Noor selalu pergi klinik ni je sebab doktor ok, ubat yang diberikan pun ok la dengan harganya..sebab setengah klinik yang lain hanya nak jual ubat..pastu caj pun mahal..huhu..

Balik dari klinik, terus mesej kat mak kata kami dua orang demam..tapi anak-anak semuanya sihat. Mak abah yang tak senang duduk kat kampung terus datang ke rumah kami malam itu juga lepas Amirul habis sekolah. Itulah kasih mak dan abah kan pada anak-anaknya..huhu..sebak lak rasa. Lepas Noor makan ubat, ada lah rasa kurang sikit. Malam bila mak abah sampai terus diorang nak bawa husband pergi hospital tapi besalah kan..orang laki ni kan ada ego sikit..katanya tunggulah dulu..nantilah...

#20 September 2014

Awal pagi lagi mak dah tanya perkembangan menantunya ni..tapi suhu masih 38.5'c..apalagi..dengan malu alahnya..pergi jugalah husband ke hospital..Noor bawa dengan mak ke emergency. Hahah...tak terkata apa husband sebab mak mertua dok bising suruh pergi hospital. Yela, sapa tak risaukan bila demam dah banyak hari tapi masih belum baik. Nasib baiklah Noor dah kebah sikit demam, boleh lah bawanya ke hospital. Budak tinggal dengan tok wan dan paksu kat rumah. Malam tadi juga family adik yang dok kat Putrajaya datang berkampung kat rumah..semuanya risau.

Dalam pukul 10 pagi camtulah, kami daftar untuk rawatan di bahagian kecemasan. Pukul 12 tengahari baru nak panggil turn untuk pemeriksaan. Doktor ada juga ambil darah dan juga air kencing. Pukul 2 baru dapat tau keputusan darahnya..dan amat berbeza sekali keputusan hari rabu sebelumnya dengan yang sekarang..platlet jatuh dengan banyak jadi 66 saja. Padahal, normal platlet bagi seorang dewasa ialah 150. Tapi sel darah putih masih tinggi. Jadi, keputusan awal yang doktor boleh bagitau kemungkinan besar husband kena denggi.

Pukul 4 petang, husband kena tolak masuk wad perubatan 1..seorang satu bilik sebab WP1 ni khas untuk penyakit berjangkit. Masa ni tengok bibir husband dah jadi biru..hoho..aircond dah tutup pun dia masih kesejukan dan menggigil. Doktor masukkan air untuk denggi dan juga antibiotik untuk kencing tikus..sebab masih tunggu makmal sahkan penyakitnya.

Habis melawat, Noor dan mak balik kerumah, ambil abah dan terus pergi ke Pasar Borong Selangor..semata-mata nak cari ketam. Dengan harapan, bila husband minum sup ketam, platletnya akan meningkat. Bayangkanlah dari pagi sampai ke malam Noor ke hulu ke hilir..penat tok sah cerita dah la..nasib lah ada family tersayang yang bagi support dan tolong tengokkan anak-anak. Malam lepas balik dari pasar borong barulah dapat tengok anak. Dengan Ziyad Zafry pun dha merajuk tak nak minum susu melalui botol. Bagi botol dia buat tak tau je..pastu buang..sampai terlena. Siannya kamu nak..si abang zarif mummy tak risau sangat sebab dah pandai bawa diri.


#21 September 2014

Pagi ahad, husband bagitau yang demam dah kurang..dah jadi 37.4'c saja. Tapi air masih jalan lagi..antibiotik pun sama sebab masih belum tau penyakit sebenar lagi. Tunggu makmal memang lambat. Platlet darah pula makin turun jadi 44..dan sel darah putih masih tinggi dari platlet. Ini yang membuatkan semua orang risau dan musykil akan penyakitnya. Sebab kata doktor, kalau denggi biasanya platlet dan sel darah putih akan turun bersama..tapi ini sebaliknya. Noor pergi dengan abah melawat husband di hospital..bawalah sup ketam yang direbus oleh mak malam tadi. Abah balik lepas maghrib sebab amirul ada sekolah esoknya..mak pula nak temankan Noor bersama anak.


#22 September 2014

Masih belum terima maklumat dari makmal pasal penyakitnya tapi platlet kurang 1 lagi jadi 43 je..Noor pergi melawat husband seorang diri je arini..plannya nak bawa mak sekali tapi mak lak demam. Jadi, lepas kerja half day, terus lah Noor ke hospital....


#23 September 2014

Hari ni, husband dipindahkan ke wad lain sebabnya ada pesakit yang lain memerlukan bilik tersebut. Dari Wad Perubatan 1 dihantar ke Wad Ortoxxxx..apa ntah tapi bahagian mata. hahah...mula pelik gak sampai ada penjaga pesakit tanya, bila nak operate mata..hahah...rupanya ada gak pesakit lain macam sakit buah pinggang pun dimasukkan disitu tapi khas biliknya tak bercampur dengan pesakit mata. Tengok keadaan husband dah makin ok..selera pun makin bertambah..alhamdulillah..


#24 September 2014

Hari ini Rabu, doktor dah benarkan husband keluar hospital sebabnya platlet dah naik jadi 113..tengok keadannya pun makin meningkat cuma hati masih lagi bengkak. Jadi, akan ada rawatan susulan..minggu depan ambil darah dan jumpa doktor. Keputusan ujian darah dari makmal juga mengatakan adanya kencing tikus dan kemungkinan besar juga husband ada terkena demam denggi juga pada awal minggu dulu.

Bestlah husband dapat cuti hampir 2 minggu lamanya...hohoh....jeles ni....tak sempat nak rehat lagi..



#30 September 2014

Husband ada pergi ke hospital untuk ambil darah...tapi tunggu hari jumaat ni untuk tau apa lak keputusannya. Harap semuanya baik dan hatinya juga sudah tidak bengkak lagi.




Shaklee Promo October
ESP BUY 6 FREE1
MEALSHAKE BUY 3 FREE 1

Noor
013.243.4729




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...