
Noor sempat snap yang dia naik Pikachooo ni je..yang kereta dengan ulat lain tak sempat nak snap sebab dok pegang ZiyadZafry..
Haa....ZiyadZafry first time naik ini..sempat lagi merasa..heheh..
Memang selalu Noor bawa Zarif naik ini..sebab kat Giant saja yang free. Naiklah 10 kali pun tetap tak kena bayar..naik terus tekan button. Sampaikan Zarif sendiri dah tahu tekan bila habis je alat ni bergerak dan menyanyi.
Dah habis semua ulat ni Zairf naik, dia nak pergi lak 'berkawan' dengan rakan lain kat area permainan..tapi semua budak dah berusia dalam 5 tahun ke atas. Jadi diaorang dah bergerak pantas dengan berlari sampaikan hampir terlanggar Zarif. Maklumlah, hujung minggu kan..pastu petang hari lak..dah tentulah ramai budak nak main.
Oleh sebab itu, Noor minta hubby bawakan Zarif masuk tempat permainan yang berbayar. Tak pelah, bukan selalukan..nasib baik dah memang suruh budak pakai stokin. Kalo tak, kenalah bayar RM3 untuk stokin. Jadi, bila anak-anak dah ada..hanya beli stokin untuk Mummy dan Daddy je lah ye..
Bayaran tuk masuk ke Kami Kids Island ni pada hari minggu RM15 untuk 2 jam. Kalau hari Isnin - Jumaat RM10 untuk 2 jam...tapi kalau nak masuk full day pun boleh..bayaran pun lebih la sikit. Noor lupa lak nak snap picture bayaran..len kali lah ye..heheh..
Yang syoknya, kami bayar tuk Zarif sorang tapi masuk dalam tu sampai empat orang. Cemana tu?? Boleh ke cenggitu?? Haaaaa....sebabnya ZiyadZafry tak pandai jalan lagi, jadi boleh la dikecualikan daripada bayaran. Lepas ni, jangan harap la nak bayar sorang je..hohoho...si adik tu tunggu masa je dah nak jalan..berdiri tanpa pegang apa-apa dah berani sikit. Cuma nak gerak sendiri tanpa berpaut tu masih lagi fail..heheh..(belum masanya lagi..ye idok..) yang Mummy dan Daddy apalagi..amik la kesempatan gak..haha..sebagai penjaga kan..Ini pun sebab hero masih kecik..jadi boleh la join..pasni korang dah besar sikit Mummy Daddy dok tepi je la nengok korang main..
ZarifZaquan yang asyik main masak-masak..eh..gardening laaa...
ZiyadZafry busy dengan peralatannya..pandai pulak kamu ye..takde lak nak masukkan 'pasir' dalam mulut
Adikkk...say cheeesseeeeeee...aiyo, muka tarak senyum dalam ini gambar..susah benar nak snap gambar time kamu senyum dik.
Baru sudah dapat bekalan..terus main.Mummy ingatkan kamu nak tidur dah..hurrmm..
Dah habis main 'pasir'..jom terjun kolam bola pulakkk....
ZiyadZafry dengan tupainya..
ZarifZaquan dengan kereta kecilnya..
Bila nak ajak balik..hoho...cukup mencabar. Nasib la kat situ ada jual ais krim..jadi sebagai umpan nak ajak balik, daddy belikan aiskrim tuk ZarifZaquan..sedap lak tu..aiskrim keladi..hurmm..nyum..nyum...tuk Mummy tak de ke daddy?? sob..sob..
Alhamdulillah..kami diberi peluang tuk meluangkan masa dengan anak-anak tersayang.
Noor harap anda juga begitu kerana masa itu emas. Semasa mereka kecil ini luangkanlah masa bersama dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Kelak, bila mereka dah besar..kita pasti merindui saat ini.
Semoga Muhammad Zarif Zaquan dan Muhammad Ziyad Zafry membesar menjadi anak yang soleh.
013.243.4729
Facebook Noor
psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.
Klik link ini >>> ORDER MEALSHAKES <<<
Tiada ulasan:
Catat Ulasan