Alhamdulillah..sehingga kini Muhammad Ziyad Zafry dah berusia 9 bulan lebih..masih diberi rezeki oleh Nya untuk minum susu ibu. Noor berasa syukur sesangat sebab betapa nikmatnya ketika menyusukan anak tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Terasa puas bila dapat mengenyangkannya.
Dulu, Zarif Zaquan tak de rezeki untuk susukan dia..jadi sejak lahir hingga sekarang Zarif hanya minum susu formula. Mungkin anak first kot, jadi Noor tak pandai nak susukan dia agaknya. Zarif cuma sempat rasa susu ibu tak sampai 2 bulan..tu pun sebab Noor pam dan susukan dia guna botol. Mungkin juga sebab kurang pengetahuan berkenaan dengan penyusuan.
Jadi, sedikit sebanyak ada juga la perbezaan antara Zarif dan Ziyad ni..yang Noor perasan Zarif dulu lebih kerap demam berbanding Ziyad. Boleh dikatakan Zarif demam setiap bulan laaa...yang Ziyad lak, alhamdulillah, setakat ni cuma adalah 2 ke 3 kali je kot demam..tapi jarang sangat la..
Disebabkan Ziyad asyik melekat je dengan Noor, maka dia asyik nak ada Mummy je depan mata(tak kesah la mummy dia buat apa pun, janji dok depan mata dia). Mulut pun tak banyak sangat..buat apa pun dalam diam je..main sendiri pun diam je.. Kalau Zarif lak, walaupun sendiri main akan mengamuk. Kiranya dia asyik nakkan perhatian saja...haha...kalau kat rumah tu kiranya asyik dengar dia melalak je laa...budak manja sebenarnya Zarif ni..
Dari segi kos lak, dah tentulah susu ibu lebih jimat dari susu formula..cuma kena melabur untuk permulaan saja seperti nak beli pam, botol, beg, icepack, freezer..tpai sekali tu je..kalau susu formula dah tentu setiap bulan. Macam Zarif minum susu Dutch Lady, 1 pack dah RM 20++...sebulan dah tentu kena beli 4 pack..besanya 1 pack boleh tahan seminggu. Kalau Ziyad, Noor cuma pam kat opis je..dan boleh minum kat taska..senangkan..heheh..
Alhamdulillah..saya membesar dengan sihatnya.
Moga Allah murahkan lagi rezeki susu kepada Muhammad Ziyad Zafry sehingga 2 tahun.
*Saya ada jual Shaklee.
*Anda perlukan Set Penyusuan, jom sms/ wasap/ wechat saya.
*013-243 4729
Tiada ulasan:
Catat Ulasan