Selamat Pagi..
Semoga ceria di pagi Jumaat yang penuh barakah ini..Jumaat adalah penghulu segala hari..
Sebenarnya dalam fikiran Noor ni ada macam-macam story yang nak ditaipkan tapi masalahnya tak tahu mana dahulu yang nak mula..hrrmmm...bila fikir nak buat entri tapi fikir pula ada lagi kerja belum setlle..bila dah settle yang itu, yang ini pulak mai..ish...ish...ish...susah..tapi kena luahkan juga sebab kepala ni macam dah berat sangat. Semalam saja dah sakit leher naik sampai ke kepala..tak pernah jadi lagu tu..
Haaa...meh la nak story sikit..baru-baru ni, Noor ke Melaka dengan family tersayaang..next entri baru cerita pasal melaka ye..baru boleh tempek gambar. Sekarang Noor tak sempat nak upload lagi gambar masuk lappy. Nak di jadikan cerita...kami pergi makan kenduri hari Sabtu..en.hubby dah start demam malam tu..mulalah dia ke tandas.......yang Noor ni pulak, keesokkan harinya..tengah tunggu turn nak naik Menara Taming Sari, tetiba rasa nak pitam..pendengaran pun dah separuh hilang. Nasib baik sempat minta En. Hubby ambil Ziyad..kalau tau..mau jatuh tergolek lak kami berdua di depan orang ramai nanti..oohh nnooo...nnooo..malu cheq nanti..
Noor naik la juga Menara Taming Sari tu sebab tiket dah belikan, rugi lak kalau tak naik..sian pada orang yang belanja tiket..kan..kan..bila turun je terus ajak g minum dan makan dulu sebabnya pagi tak makan. Dah la dengan keadaan tak berapa ok, tetiba rasa menggigil lak. Addeehh..lepas makan terus minta mak, abah hantar kami anak beranak balik hotel dulu. Diorang pergi la berjalan..sebab diorang sihat walafiat..alhamdulillah..bayangkan kalau semua kena, sapa nak tengokkan budak kecik 2 orang yang tengah banyak akal tu? Noor dan En. Hubby dah tergolek atas katil sepanjang hari, tokwan & opah balik barulah diorang mandikan cucu..hahah...nak wat camna..mak pak bebudak ni dah pengsan..tak leh nak bangun dah.
Kat hotel kami cuma makan ubat Gaviscon, Pil Chi Kit Tek Aun, Panadol..tu je..tapi still tak baik.
Balik Puchong, terus ke Klinik Perdana..Noor jumpa doktor..adakah patut, doktor kata nak bagi antibiotik tapi bila tengok tak de pun..ubat yang ada sakit perut, angin, cirit, muntah, ORS..itu je..tapi cas sampai RM59...ish..ish..staff lupa masuk ubat ke..macam mana tak tahu lah..
Hari selasa, demam dah kebah tapi still sakit perut dan cherry berry lagi..ubat dah habis makan. Kami pergi lagi jumpa doktor tapi kali ni kat PPUM lak..tunggu bagai nak rak kat pesakit luar..bila jumpa doktor, huh!! hampeh..germa pun ada. Mungkin dia ingat kita ni main-main kot sakit..cara cakap dan tanya pun seolah-olah macam tak percaya je..siap kata nak baik dah..tak payah ubat la. Tapi Noor minta gak ubat..dah memang kot sakit perut dan still cherry berry..sehingga hari ni..entri ni ditaip pun still sakit lagi..huhu...dah dekat seminggu ni..
Tinggal la kami bertiga lagi..opah & tokwan bawa Zarif balik kampung kat Perak lak...syok la dia.,.....ada orang layan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan