Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Jumaat, 13 Jun 2014

Melaka Trip Sempena Perkahwinan Anak Buah

#31 May 2014 Sabtu

Hari ini kami pergi bercuti ke Melaka..yeehh..lamanya tak jalan ke sana.

Last pergi masa mengandungkan Ziyad Zafry..sekarang Ziyad pun dah 9 bulan..

Kami gerak dari rumah ke Melaka dalam pukul 9 pagi camtu..

Oh ya, pergi sekali dengan tok wan, opah & paksu..depa mai rumah Noor petang semalam..kiranya hari jumaat la..

Tapi diorang ke Banting dulu sebab nak ambil anak teruna sulong yang ada kat sana..

Nasib baik la budak 2 orang ni bangun awal..sebab mulanya plan nak mandikan diorang kat RnR je kalau tidur lagi..tapi macam tau tau je diorang nak pergi jalan..heheh..awal dah bangun.

Oh ya, tujuan ke Melaka ni sebenarnya nak meraikan Majlis Raja Sehari anak buah Noor..

Mereka tinggal di Masjid Tanah, Melaka.

Jadi, kami terus tuju ke rumah pengantin sajalah.

Smapai sana, jumpalah sedara mara...makan-makan..snap gambar..

Pastu kononnya nak tunggu la pengantin bersanding..tapi lambat sangat..

Dah pukul 2 lebih baru la sampai pengantin lelakinya..jadi tak sempat la Noor nak snap picture..dengan anak pun dah tidur kepenatan.


Sempat lagi mencoretkan Tok Su mencoretkan sesuatu buat cucunya..Mak long & Pak Long pun ambik kesempatan gak..Ada perasan tak apa Mr Hubby pegang??? ish..ish...

Bergambar dulu dengan anak buah sebelum balik. Ada gak la gambar pengantin yang cun tu..kan..kan..
Cer tengok aksi Ziyad bila ada bunga disebelahnya..




Aktiviti Zarif Zaquan dan Ziyad Zafry masa tengah tunggu pengantin..
Cukup banyak akal mereka berdua..Alhamdulillah...


Alhamdulillah..family kecilku..cukup terhibur dengan keletah mereka berdua..



Kami tak tunggu lama di majlis kenduri sebab nak check in hotel..kami dok kat Mahkota Hotel Melaka..

Dalam pukul 3 lebih kot check in..

Tapi sebelum gerak..ada surprise dari Noor untuk My Parent & Hubby..

Nak tau apa dia?? Jeng..jeng..jeng...

Malam lepas maghrib kami pergi naik River Cruise..

Mak teringin nak naik..pastu bila dah naik, paksu dok gaduh boring..hahah...yela, dok dalam bot pastu tengok je la keadaan sekitar. Noor tak sempat pun nak snap gambar.

Nak tunggu naik bot ni pun lama..pasal cuti sekolah satu hal..tapi kebetulan, masa kami pergi tu ada pertandingan bot berhias. Terpaksalah tunggu bot berhias gerak dulu sampai habis..barulah Cruise boleh take over laluan sungai tu lak..orang yang beratur jangan kiralah panjang mana dah. Cuma nasib baik sebab bot boleh muat ramai..jadi agak cepatlah sikit nak tunggu turn.

Dah settle tu, kami balik hotel je terus..masing-masing dah tak larat nak round lagi..kepenatan..hehe..

#1 Jun 2014 Ahad

Lepas breakfast, kami gerak nak naik Menara Taming Sari lak..

Tapi, tengah tunggu turn nak naik tu..tetiba Noor rasa nak pitam..

Aaaa...nak tau apa jadi pastu??

Pergilah ke sini.. PENGSAN??

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...