Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Sabtu, 14 Jun 2014

Check Telinga dan Saraf

#12 June 2014

Hari ini ada follow up check-up Ziyad Zafry..susulan kes jaundisnya masa lahir. Oh ya, Noor tak pernah story lagi pasal jaundis kan. Meh nak story serba sikit. Masa Ziyad lahir dulu..Ziyad kena jaundis, tak tahulah sebab apa. Yang pastinya masa Zarif Zaquan lahir, alhamdulillah..tak kena pun jaundis. Mungkin pemakanan kot yang kita ambil masa mengandung membuatkan bayi kena jaundis..wallahualam.

*September 2013

Ketika Ziyad berusia beberapa hari..tak ingat dah hari ke berapa..tengok kulitnya warna kuning. Masa tu Noor tak bawa check klinik lagi sebabnya nak balik berpantang di kampung. Oleh sebab itu, mak hanya bagi minum air buah anggur dulu. Di samping itu, Noor juga kerapkan menyusu Ziyad. Bila sampai je kat kampung, terus minta en.hubby laporkan pada klinik ibu dan anak Taiping bahawa baby kena kuning. Petang itu juga, misi datang untuk periksa dan minta kami bawa baby ke klinik dengan kadar segera. Sampai di klinik, misi ambil darah dan mengeluarkan surat untuk melakukan pemeriksaan lanjut di Hospital Taiping. Ini bermakna baby kena masuk wad. Doktor beritahu bahawa jaundis baby sangat tinggi iaitu 21..allahuakbar..ada juga rasa risau di hati tapi Noor cuba bertenang. Sebab Noor masih dalam pantang..jadi tak mahu fikir banyak..kang bentan lak..lagipun tak nak susu badan merudum disebabkan ibu jadi runsing. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan pada Noor untuk menghadapi dugaan dengan tenang. Bayangkanlah dok kat wad tu, dengan katil tinggi..jenuh nak panjat
 Kalau orang tinggi tak apa lah juga..Noor ni rendah je..heheh..nasib baik juga la bersalin normal. Mudah juga la mak gerak..dah la mandi pun dengan air sejuk..huhu. kalau kat rumah dah tentu mandi air suam. Kat wad sapalah nak sediakan semua itu. Dah rasa macam bulan dalam pantang je bila dok kat wad..heheh..

Yang baby lak bila masuk wad je..lepas ambil berat terus doktor letakkan bawah lampu biru. Ini untuk menurunlan paras bilirubin dalam badan bayi. Bila bilirubin tinggi yang menyebabkan kulit bayi menjadi kunig. Sistem perkumuhan bayi masih belum dapat memprosesnya untuk keluar melalui air kencing. Selang beberapa jam, doktor akan amnil darah baby. Bayangkan macam mana perasaan bila dengar baby menangis..kat tangan kaki ada kesan cucuk untuk ambil darah. Tapi paras bilirubin masih tinggi..cuma turun sikit saja. Jadi doktor ambil keputusan untuk letakkan baby dibawah 3 lampu biru. Sebelum ni cuma 1 lampu biru saja. 3 lampu diletakkan disekeliling badan
.diatas 2 dan dibawah badan 1..tanpa pakai pampers. Sedih tengok keadaannya..tapi Noor masih mampu bertenang dengan memikirkan ini baru dugaan kecil..masih ada lagi dugaan lebih berat yang orang lain hadapi. Malam itu, Noor tidur pun tak lena sebab baby meragam..nangis saja. Mungkin tak selesa..mungkin sejuk..mungkin takut..sampai misi.pangil Noor untuk tenteramkan bayi. Terpaksa juga pujuk bayi untuk terus berada dibawah lampu..ini untuk kebaikkannya juga. 2 malam juga lah kami berada di wad. Nasiblah en.hubby masih ada di kampung..dialah yang membawa makanan untuk Noor. Keesokkannya, bila check darah.mparas bilirunin dah turun jadi 11..alhamdulillah..doktor bagi balik cuma perlu lakukan pemeriksaan susulan di klinik ibu dan anak. Sebulan jugalahkami dok berulang alik ke klinik untuk periksa paras bilirubinnya. Punya lah susah nao turun..ketegaq betoi!!! Hahaha...sampaikan doktor periksa air kencing sebab takut ada kesan pada buah pinggang..tapi alhamdulillah..semuanya normal. Dari situ jugalah Ziyad ada pemeriksaan untuk pendengaran sebab kata doktor takut ada kesan dari jaundis yang tinggi.

Masa Ziyad umur sebulan, pihak Hospital Taiping telah lakukan pemeriksaan pendengaran pada Ziyad. Alhamdulillah..keputusannya ok. Takda masalah apa.

#12 June 2014

Berbalik kepada cerita mula..heheh..panjang lebar lak cerita lama..pagi ni ada appointment dengan pediatrik pukul 10 pagi. Jadi, disebabkan last month tak dapat datang sebab Ziyad kena tahan wad, kami kena lah bawanya pergi periksa telinga dulu pagi ni..kat PPUM. Nasib baik la mr.hubby kerja kerajaan, jimatlah sikit tang kos perubatan..tapi tang parking lak..tak boleh jimat langsung..mahal bebenor..setengah jam je dah rm1..memang boleh buat duit toii..tak pernah kalau pergi sini bayar parking bawah RM 10..mesti lebih..huhu..

Melalut kejap..heheh..sepatutnya budak yang nak kena periksa pendengaran perlu buat dalam keadaan tidur. Ini untuk memudahkan dan memperoleh keputusan yang lebih tepat. Pada mulanya mereka suggest untuk bagi ubat tidur pada Ziyad..ataupun jika boleh kami tidurkan dia..tak perlulah ubat. Noor dan en.hubby pun confius..antara nak bagi ataupun tak. Tapi bila mereka tengokkan keadaan Ziyad yang tak banyak ragam terus mereka setujuuntuk melakukannya dalam keadaan sedar.

Noor bawa Ziyad masuk dalam bilik khas..en.hubby tunggu diluar ye..heheh..mulanya diorang try masukkan alat pada telinga kanan..ok lagi..Ziyad boleh dok diam..cuma keladang je dia bersuara sikit. Mungkin menegur agaknya..jadi terpaksa la pause kejap sistem...then jalan balik dan selesai. Bila nak buat test untuk telinga kiri lak..dia dah start meragam..huhu..alahai anak..sikit je lagi..Ziyad dah start mengamuk niii...dan terpaksalah mereka stop dulu. Noor susulan Ziyad kejap..dan alhamdulillah..Ziyad tertidur. Bila diorang tengok Ziyad tidur..apalagi suka lah..terus buat test untuk twlinga kiri..dan buat lagi sekali untuk telinga kanan. Rupanya, test pemdengaran oni memerlukan pesakit diam tanpa bersuara. Ini akan memberi kesan yamg tidak baik pada keputusan. Jadi, sebab masa baut ujian pada telinga kanan..Ziyad ada bersuara menyebabkan keputusannya tak berapa bagus. Itu yang menyebabkan mereka buat lagi dan keputusannya alhamdulillah. Tiada masalah pendengaran pada kedua-dua telinganya.

Selesai periksa pendengaran, mereka melekatkan alat pada belakang telinga kiri dan kanan serta di atas dahi. Mulanya Noor tak tahu juga untuk apa buat macam itu..rupanya ini bertujuan untuk memeriksa saraf pesakit. Dan doktor maklumkan bahawa tiada masalah dengan sarafnya. Cuma kami lakukan pemantauan sahaja dan pwrlu datang untuk periksa jika tengok pendengarannya kurang..apabila kita panggil dia lambat respond ke..macam tu laaa...Selesai kat ENT..kami jumpa pula doktor pediatrik..dan alhamdulillah..doktor kata perkembangan Ziyad normal. Pemeriksaan berkala ini adalah untuk mastikan perkembangan kanak-kanak yang kena jaundis tinggi adalah normal. Pemeriksaan ini akan dilakukan sehingga kanak-kanak berusia 2 tahun. Jadi, next follow up untuk Ziyad adalah pada bulan 10 pula...

Wahh..panjang lebar la pulak entry kali ini..Terima kasih ye kerana sudi membaca..

Ini sebagai kenangan buat Noor dalam membesarkan anak-anak dan ingin berkongsi saja.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...