Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Sabtu, 28 April 2012

~MASALAH KEGUGURAN RAMBUT~




Sejak lepas bersalin ni, rambut Mummy Zarif asyik gugur je..bukannya sikit, banyak lak tu. Macam orang yang lepas buat kimoterapi kesannya..huhu..sekarang rambut pun dah jadi nipis. Dah la rambut Mummy Zarif sememangnya nipis..takut gak kang gugur sampai botak. BOTAK!! Oh, tidakkk!! Bayangkan kalo orang perempuan botak??!! Heehehe..tak nak la. 

Oleh sebab tu, Mummy Zarif pun search la kat tenet ni..tuk cari maklumat bagi mengatasi keguguran rambut ni. Kalo nak g Yun Nam tu memang tak mampu lah..so kita buat la cara tradisional. Mummy Zarif ada la terjumpa beberapa petua ni. Ada 4 semuanya..(yg jumpa setakat ni lah ye..)


 #Petua Pertama
Selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. 

Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.
Buatlah dalam sebulan. 

Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.

 

#Petua Kedua :
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh kedua-duanya hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.



 

#Petua Ketiga :
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala (seeloknya pada waktu malam). Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.





#Petua Keempat :
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.




So, jom la kita cuba petua ni ye..(harapan agar rambut Mummy Zarif juga akan bertambah subur dan berkilat..)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...