Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Selasa, 24 April 2012

~KENANGAN MASA PREGGY~

Hi..dalam entri ni kan, Mummy Zarif nak berkongsi cerita masa pregnant dulu..hehe..tetiba je teringat kenangan masa pregnant dulu lepas dok belek-belek gambar baby Zarif.

Hampir 2 bulan Cik P tak datang tergerak gak hati ni "aku pregnant ker?" time tu tak de la pulak demam ke or loya lagi. So, gtau kat hubby kata mungkin Mummy Zarif preggy kot. Lagipun, Cik P dah tak datang..kami pun g la Guardian tuk cari 'pregnancy test'. Masa test tu, 1 line memang la clear tp 1 line lg kabur sikit. So, buat tak tau la sangat..tp dalam hati dah 50-50 dah mengatakan yg diri ni pregnant. 

 Gambar ni masa Mummy Zarif ngah preggy 3 bulan..fly g Kuching.. (>_<)

Minggu ke 14 baru kitorang g klinik tuk test supaya lebih yakin..(nak confirmkan lg sebenarnya). Then, doc pun cakap: "TAHNIAH"..dalam hati apa lagi..hoooyyeeeehhh..akhirnya, aku bakal menjadi ibu dan melahirkan zuriat buat suami tercinta sebagai penyambung generasi. Doktor siap scan lg..tp memang dah leh nampak la..tambah teruja bila doc scan tu jantung baby ngah gerak!! Subhanallah..indahnya..rasa tak puas nak tengok.

Heheh..belum puas lg nak confirm..padahal dah siap scan kat klinik. G la pulak kat Pusat Perubatan Universiti Malaya. Kat situ pun doc wat test air kencing..then gtau kata preggy. Doc siap tanya ada ambil apa-apa ubat tak sebabnya kami sudah kawin hampir 2 tahun tapi masih belum ber"ec" lg..heheh..alhamdulillah, tak da apa-apa perancangan dari kami pun. Sumenya perancangan dari Allah SWT.....so, mulalah pening n loyanyaa....uuweeekkkk!!!

Pembaca nak tau tak, Mummy Zarif ni (sekarang dah jadi mummy laaa..hehe) masa mula-mula tu, pening sampai tak boleh nak bangun. Nak buka mata n jalan tuk ke bilik air pun tak boleh..rasa macam dunia ni berpusing..so, terpaksa laaaaa...cuti TANPA GAJI..huhu..nasib baik la seminggu je. Pasal muntah pun, alhamdulillah, tak de la teruk sangat..time pagi je pun especially lepas gosok gigi..huhu!!

Lepas seminggu berehat kat umah, dah ok..boleh la mulakan kerja. Cuma ada la sikit pening-pening lalat..heheh..pastu uwekk..uweekkk..kalo lambat sikit makan. Bab makan lak, tak kisah pun nak makan apa. Janji perot kenyang tapi Mummy Zarif amik makanan tetap 3x sehari. Waktu bekfast, tengahari n malam. So far, berat ok la..naik pun 10 kg je la..setiap bulan naik 0.5-1kg je..cuma akhir-akhir preggy je naik lebih sikit dari skilo..heheh..mengidam pun tak de lak..

Ni gambar masa nak masuk 8 bulan..dah besor kan..heheh..


Masa mulanya, perot kecik je..tak naik pun. Sampaikan orang tak tau pun kata Mummy Zarif pegnant masa tu..hehe.. Nak masuk 8 bulan tetiba perot membesar dengan mendadaknya.. Mungkin sebab ank pertama kot, tu yg perot lambat sikit nampak. Orang kata apa "kulit perut tu tebal lg" agaknya la kan..

Gambar ni masa minggu ke 37 dah..jeng..jeng...


Opps!! Panjangnya la Mummy Zarif bercerita kan..ok la, lain entri lak kita sambung ye..Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ye.. :)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...