Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Selasa, 19 Ogos 2014

Selamat Bersara & Ulangtahun Kelahiran Abah 60 tahun

Hari ini 19 Ogos 2014, genap usia abah 60 tahun. Maka, tamatlah sudah perkhidmatan abah sebagai Pembantu Am di Muzium Taiping..rasanya sudah 40 tahun kot abah bekerja di situ..satu-satunya tempat kerja tanpa ditukar kemana-mana muzium di Malaysia. Dari mula mendaftar kerja sehinggalah tamat kerja, suka duka sebagai pekerja telah berakhir di Muzium Taiping. Sebelum ni ada juga ura-ura mengatakan abah kena tukar ke muzium lain tapi tak jadi. 

Kami sebagai anak-anak juga membesar di muzium..maksudnya ketika habis saja sekolah, tika tunggu abah pulang kerja mestilah kami di bawanya ke sana. Sementara menanti tamatnya waktu kerja abah, kami lepaklah di surau yang disediakan..mandi, makan dan tidur. Jika ada kelas tambahan, terus saja diriku lepak di The Store Taiping atau kawasan sekitarnya. Kekadang tu, berlagak juga bila abah adalah pekerja dalam tu..cheewwwaahh..yela, time tu masih budak-budakkan, perasaan bangga & eksyen menyelubungi diri bila ada pelawat datang..haha..kenangan tuu...macam la kami juga pekerja dalam tu. Meronda dalam muzium jangan ditanya berapa kali..kadang berlari. Merata cerok kami masuk. 

Pernah suatu ketika, ditingkat atas..ada sebuah pondok kecil..abah pernah tidurkan kami sebentar di situ sementara menanti abah tamat kerja. Jika ada pelawat datang pun mereka tidak akan perasan akan kehadiran kami disitu. Pernah juga abah ditugaskan pada waktu malam, jadi bila ada je perkara yang tidak diingin, beliau abaikan saja. Contohnya jika lampu sudah dipadamkan, tetiba bila pergi emronda tengok lampu terpasang kembali.

Yang paling best, jika kami sekeluarga pergi melawat ke muzium lain..pastinya bayaran dapat dikecualikan. Sebabnya sudah tentulah abah adalah pekerja muzium. Jadi, jimat jugalah duit tiket masuk ke muzium. Hampir kesemua muzium di semenanjung ni telah kami lawati..tapi adalah juga yang kami dikenakan bayaran kerana muzium yang kami lawati adalah dibawah kerajaan negeri. Sampaikan adik yang bongsu sudah jadi peminat setia kepada muzium. Asal pergi je berjalan ke mana-mana saja, mesti dia tanya, "tak ada muzium ker?", "bila nak pergi muzium?"..

Pada hari ahad lepas, 17 Ogos, kami adik beradik telah sepakat untuk mengadakan Surprise Party Istimewa untuk abah tersayang. Plan telah bermula sebulan yang lalu. Kami adakan majlis di rumah baru adikku yang kedua. Penat juga kami plan agar tidak diketahui oleh abah..heheh...akhirnya MISI KAMI BERJAYA!!!

Nikmatilah gambar-gambar ketika masjlis diadakan.

Plan nak tempah banner tapi ada masalah, jadi kami print & laminate saja..janji cantik!!

 Abah terkejut sebab kena serbu dengan kami & kek!!
Masa ni kami tutup lampu, jadi rumah memang gelap gelita. Abah ingat tak ada orang kat rumah. Tetiba je kami keluar serbu dari dalam rumah dengan kek.


 Mak Abah surprisekan Wani dengan sebiji kek ini!!
 Mak buatkan kek khas untuk wani sempena burfdaynya pada 4 Ogos yang lalu.

 Amirul & rakannya bakar ikan, ayam, cocktail & kerang. 
Tapi kemudian diambil alih oleh abang long & Zairi.

 Terima kasih pada keluarga Abg Mat kerana sudi hadir.

 Terima Kasih pada keluarga Mertua adik-adikku.
Hanya keluarga mertuaku saja tak dapat hadir kerana jauh.

Terima kasih kepada keluarga pak cik & sepupuku kerana sudi hadir.

Terima Kasih abah kerana memberikan sepatah dua kata. 
Kami sayang abah!!
Moga abah panjang umur dan sihat selalu serta di dalam rahmatnya.

Antara yang sempat posing..hehe

 Terimalah hadiah dari kami semua khas untuk abah!!

Silalah jamu selera..oppsss...dah habis baru nak ambil gambar.


Terima kasih buat semua adik-adikku kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan misi ini.

Insyaallah, lain tahun kita buat lagi..tapi tak tahu pula untuk siap.



Lotss Of Loovveeee
----------------------------
#MuhammadFauzi
#NoorSyuhada
#ZarifZaquan
#ZiyadZafry
#MohammadSyahir
#SitiSapina
#SafaniaNurIman
#SyarafanaNurIman
#Zairi
#NoorSyazwani

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...