Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Selasa, 19 Ogos 2014

Salam Aidilfitri 2014

Belum terlambat rasanya untuk Noor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua..maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap tutur kata. Sebagai manusia, memang kita tak dapat lari dari membuat kesilapan.

Tahun ni Noor beraya di kampung sendiri iaitu di Taiping. Raya ketiga baru kami balik beraya di kampung mertua iaitu Banting. Anda beraya di mana pula tahun ni, kampung sendiri atau kampung mertua? Yang pasti mesti semua gembira kan..jangan lupa pada saudara kita yang baru kehilangan orang tersayang dalam tragedi MH370 & MH17, tak lupa juga saudara kita di Palestin & Gaza..moga mereka berada di kalangan orang yang beriman..janganlah kita berhenti berdoa untuk mereka..agar ada sinar harapan untuk mereka di bumi anbiya'.

Apa tema baju raya tahun ni?? Noor pula ada kisah di sebaliknya..heheh..ok lah, plan en.hubby nak tema kaler kuning sebab masih elok lagi baju raya tahun sebelum ni..jadi kami pun mencari baju raya nunnn sampai ke Kajang..jadi dapatlah baju raya warna kuning untuk anak-anak..tapi Noor pula tak dapat warna kuning. Yang jumpa adalah warna biru & Ungu..huhu...sebab Noor berniat nak cari jubah untuk menyusu..ataupun jubah yang fesyen ada butang kat dada agar mudah nak menyusukan ZiyadZafry. Tapi dapat gak jubah cuma berlainan warna saja..

Empat hari sebelum balik kampung, emak ada call Noor tanya pasal saiz baju budak berdua ni..katanya nak jahitkan baju tuk cucunya. Wah..gumbiranya hati sebab mak nak jahitkan baju tuk bebudak ni..sapa tak suka kan..kan...bertambah lagi koleksi baju raya mereka (lupa lak nak tanya kain baju tu warna apa..hurrmmmm). Disebabkan Noor cuma dapat baju yang berlainan warna, jadi tak jadilah en.hubby pakai warna kuning. Beliau pun standby baju warna ungu & biru. Balik je kampung, nengok je baju melayu budak yang dah siap ni...rupa-rupanya warna ungu!! Wah..lagi gumbira sebabnya hampir tak sedondon lah kami untuk raya kali ni..haha..tapi disebabkan mak dah jahitkan baju warna ungu untuk ZarifZaquan & ZiyadZafry, maka raya pertama tema warna kami adalah UNGU..tak ada dalam perancangan..heheh...(mak jahitkan baju warna ungu tuk semua cucunya..2 lelaki 2 perempuan..anak adik).

 Raya pertama di Taiping..


 Raya ketiga..on the way balik Banting

 Raya keempat..nak g beraya di rumah saudara

Raya kelima..beraya di rumah jiran dekat je..heheh..


Eh..eh...mana raya kedua??? lupa la raya kedua pakai baju apa..hurmmm...

##entry ni dah buat lepas raya aritu guna hp tapi ni baru sempat nak publish..ish..ish..tak reti Noor nak publish guna hp..sampai sekarang tak jadi. Last sekali guna gak la komputer...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...