Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Isnin, 7 Mei 2012

~^~ RUAM LAMPIN ~^~

Kali ini Mummy Zarif nak kongsi tentang RUAM LAMPIN. Mesti ramai bayi yang mengalaminya terutamanya bagi yang berkulit sensitifkan. Ruam lampin ni jadi kat area punggung, kemaluan, selangkang dan bahagian dalam peha.. menjadi merah dan mengalami keradangan. Kulit bayi adalah sangat sensitif dan jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menjadi luka merah serta mendapat jangkitan.


Gejalanya seperti tompokan kasar dan merah pada bahagian punggung, kemaluan, selangkang dan juga paha; berlaku juga lepuhan serta luka kerahan.

Ruam lampin ni akan bertambah teruk sekiranya tiada rawatan dengan terjadinya jangkitan bakteria dan kulat pada ruam, jangkitan pada saluran kencing serta ruam alahan kulit (Ekzema).

Ruam ini berpunca daripada iritasi kulit yang disebabkan oleh sentuhan berpanjangan dengan lampin yang basah berserta najis; sabun yang digunakan tidak dicuci dengan bersih; perubahan pada pemakanan bayi yang boleh menyebabkan kencing dan najis menjadi lebih iritasi dan juga alahan ataupun iritan sentuhan pada ruangan dalaman lampin.

Sebagai ibu, kita perlulah meningkatkan tahap kebersihan dalam penjagaan anak-anak dengan sentiasa menukar lampin dengan lebih kerap; menyapu krim penghadang pada bahagian yang cenderung terjadinya ruam setiap kali lampin ditukar; biarkan bahagian sulit terdedah selama mana yang boleh; gunakan lampin yang berkualiti bagi memastikan punggung bayi sentiasa kering; serta berjumpa doktor anda segera sekiranya ruam menjadi lebih teruk ataupun tidak sembuh.

Semasa menukar lampin, punggung bayi hendaklah dicuci dengan sebaik mungkin. Sekiranya bayi tidak dicuci di bawah air mengalir, gunalah bebola kapas ataupun tisu basah..(sekarangkan banyak jual tisu basah..senangkan..hehe..) Lapkan ataupun biarkan sehingga kering; gunakan krim penghadang ataupun krim perlindungan. Bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam lampin ataupun basuh dengan serta-merta. Jemur lampin sepenuhnya di bawah sinaran matahari..(bagi ibu yang guna lampin laa..tapi sekarang majoriti dah guna pamperskan..mudah serta jimat masa bagi ibu yang berkerjaya macam Mummy Zarif ni..)

“Jomlah kita mengambil langkah untuk mencegah dari berlakunya ruam daripada kita merawatnya.Gejala-gejala”

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...