Hari ini Mummy Zarif nak bercerita tentang botol susu. Rasanya sume pembaca dah sedia maklumkan mengenai pengharaman botol susu yang mengandungi Polycarbonate (PC). Sebabnya PC ni mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘Bispenol A’ (BPA). Di mana ia boleh mengganggu fungsi hormon dan juga sistem saraf. (takut gak kan bila dengar camni..) So, start dari 1 March 2012, sume pengguna perlulah membeli BOTOL SUSU yang tidak mengandungi BPA…Mummy Zarif dah start guna PP Bottle sejak dari Zarif mula menggunakan botol lagi..hehhe..
ni gambar masa Zarif Zaquan baru 3 bulan..
Ok, kita sambung lagi. Sebenarnya kan, bahan kimia ini digunakan untuk menjadikan botol keras dan nampak lutsinar. So, memang cantiklah kan..tambahan pula bila ada gambar-gambar atas botol tu..lagi laaaaa comel!! Hehe. Yang BAHAYAnya, BPA ni senang terurai pada suhu tinggi ataupun tercalar pada permukaannya..ataupun mencuci dengan menggunakan air panas, dan menggunakan botol yang sama berulangkali. Selalunya kita disarankan menukar botol baru setelah menggunakan botol ni 6 bulan kan (tapi dulu kita pun guna botol susu PC gak kan..hurmmm) Yelakan, dulu manalah nak tahu benda alah macam ni..sekarang ni dah semakin maju, so dapatlah kita mengetahui akan bahayanya sesuatu produk.
Kajian juga telah dilakukan bagi mengetahui kesan dari penggunaan BPA ini ke atas tikus makmal..(sian tikus tu jadi mangsa..heheh..demi anak kita juga kan). Kesan buruk macam kerosakan kekal pada saluran kencing, perubahan pada tisu payudara yang boleh membawa kepada kanser payudara, risiko yang tinggi untuk mendapat kerosakan kesuburan dan menjadi kanser pada sistem pembiakan, menambah berat pada kelenjar prostate sebanyak 30%, mempercepatkan akil baligh dan merangsang kemahuan untuk mencari pasangan hidup bagi menikmati seksual bagi tikus betina, mengurangkan hormon testosteron pada tikus jantan, mengurangkan sifat keibuan, mengurangkan kelakuan dan sifat jantina dalam otak seperti lelaki macam perempuan dan sebaliknya, merosakkan saraf, menyebabkan tiada telur ova yang dihasilkan daripada ovari.
Ini membuktikan bahawa kesannya terhadap kesihatan masih besar. Ada sesetengah ahli saintis mengatakan haiwan yang diuji mempunyai kadar perkumuhan perlahan berbanding kadar perkumuhan manusia yang pantas lalu menyebabkan perkumpulan luar biasa sisa BPA terhadap tubuh haiwan itu.
Namun begitu, mungkin golongan saintis ni terlupa bahawa bayi dan kanak-kanak juga mempunyai kadar perkumuhan yang rendah. Mereka sangat mudah mendapat kesan buruk BPA kerana banyak organ perkumuhan mereka (buah pinggang) yang belum matang. Pengumpulan bahan sisa BPA tentunya memberi kesan yang negatif.
struktur BPA menyerupai hormon semula jadi estrogen. Jika terlalu banyak pengumpulan sisa BPA yang menyerupai fungsi estrogen ini, tentunya akan memberi kesan negatif pada tubuh bayi kerana mengganggu keseimbangan hormon yang diperlukan bagi pertumbuhan fizikal.
Ia juga telah menyebabkan perkembangan yang tidak normal bagi perkembangan jantina. Kanak-kanak lelaki akan mempunyai lebih sifat 'perempuan' kerana sistem hormon lelaki yang terganggu sementara kanak-kanak perempuan pula akan cepat mencapai akil baligh dan mempunyai perasaan untuk cepat mencari pasangan dan menikmati seks.
BPA juga dikaitkan dengan risiko yang tinggi bagi penyakit kanser payu dara, ovari dan prostate. Ia juga dikatakan menyumbang faktor bagi penyakit Attention Hyperactivity Disorder (ADHD) yang menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif.
Oleh kerana terlalu banyak kesan negatif BPA kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia, pada Oktober 2009, sekumpulan 33 saintis yang telah mengkaji BPA menghantar surat kepada badan yang mengawal ubat dan makanan di Amerika Syarikat (FDA US) mengatakan bahawa kerajaan Amerika Syarikat tidak perlu membuang duit dan masa lagi dengan mengkaji BPA, kerana kesan negatifnya telah nyata dan BPA harus diharamkan.
Sebanyak lebih 900 kajian telah dijalankan dan diterbitkan dalam jurnal dan sekurang-kurangnya 80 peratus daripadanya menyatakan BPA menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.

Selain negara kita, beberapa negara luar telahpun mengharamkan penjualan botol susu tersebut seperti Perancis, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jerman, Denmark dan yang terbaru sekali adalah Kesatuan Eropah (EU). Tahun 2010, 159 sampel botol susu telah dianalisi dan didapati 85% dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat antara 0 hingga 0.7 mg/kg hasil daripada migrasi botol berkenaan.
Universiti Malaya dah buat kajian apabila suhu meningkat pada 80 celsius, kadar migrasi BPA pula meningkat sebanyak tjuh kali ganda berbanding suhu bilik iaitu 25 celsius..(bahayanyeee..kita pun tak tau kan sampai jadi macam ni..)
Kesimpulannya..mommies sume..el oklah kita menyusukan anak dengan susu ibu secara direct. Kalau nak buat stok susu perahan pun..pastikan breastmilk storage tu bebas BPA..takpela mahal sikit pun berbanding kita merisikokan kesihatan anak-anak yang kita kasihi.. (tapi Mummy Zarif tak dapat buat pun camtu..huhu..sebabnya dah tiada bekalan..sedihnya..)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan