Selamat petang..semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera disamping orang tersayang.
Hari ni Noor nak curi sikit masa tuk updated blog kesayangan ni..sibuk sikit la hai minggu ni..tambah lak..khamis dah nak kena pergi setup fair kat Midvalley. Jika ada mommies yang mencari barangan ibu dan bayi..mai la ke Midvalley Exibition Centre...21-23 November 2014. Noor pun turut serta sebagai penganjur..secara terpaksa..hahah...nak buat camna kalau dah company joinkan..jadi sebagai pekerja yang berdedikasi, terpaksalah akur. Jadi, anak-anak Mummy, please behave ye bila Mummy pergi kerja. Dok dengan Daddy lek lok tau.
Okaylah..entri kali ni sebenarnya Noor nak share pasal Tips tuk memudahkan bersalin.
Moga ada yang mencuba..Noor pun terbaca kat mana tadi ntah..lupa lak nak amik link dia..mahap yee..
Gambar adalah ehsan encik Google
2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk
beri tenaga.
Gambar adalah ehsan encik Google
Bila sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah.
Gambar adalah ehsan encik Google
Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
Gambar adalah ehsan encik Google
Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit contraction
Gambar adalah ehsan encik Google
Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
Gambar adalah ehsan encik Google
Semasa berada di dalam Labour Room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulangkali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
Gambar adalah ehsan encik Google
Amalkan minum air kelapa pada penghujung kehamilan..ketika hampir nak bersalin.
(nanti baby lahir kulitnya bersih je)
Gambar adalah ehsan encik Google
Makan kurma dalam bilangan ganjil
Gambar adalah ehsan encik Google
Banyakkan berjalan contohnya naik tangga ke... Exercise sebelum melahirkan baby
Gambar adalah ehsan encik Google
Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
Gambar adalah ehsan encik Google
Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki.
Pegang jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
Gambar adalah ehsan encik Google
Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sebab nanti koyak lagi teruk
Gambar adalah ehsan encik Google
Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
Gambar adalah ehsan encik Google
Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.
Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat
Gambar adalah ehsan encik Google
Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
Gambar adalah ehsan encik Google
Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka bermula ketika kandungan 37 minggu
Gambar adalah ehsan encik Google
Minum air Selusuh. Lebih baik kalau dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan