Hari ini hari Rabu..wah...esok khamis..lusa jumaat..tapi bukan itu yang Noor mak cerita.
Sebenarnya esok 4 September 2014 adalah ulangtahun kelahiran Muhammad Ziyad Zafry yang pertama.
Esok ada temujanji dengan Klinik Kesihatan Puchong untuk cucuk..heheh..hadiah burfday Ziyad adalah jarum..
Jika diimbas kembali setahun yang lalu..masa ni Noor tengah berehat-rehat dirumah sambil melayan false contraction. Kalau ikutkan pagi dah keluar tanda iaitu lendir darah. Jadi bagi mengelakkan nak terberanak ketika jalan jem..maklumlah..Klang Valley ni sentiasa jem kecuali tengah malam..Noor dan hubby pergilah meronda kat Amcorp Mall. Dengan harapan baby keluarlah siang tu. Jadi, dekat je Noor nak pergi.
Tunggu punya tunggu..jalan pun dah penat..petang tu balik gak rumah. Pasrah je laaa...sambil berdoa agar baby keluar ketika jalan clear..heheh...lucu gak bila diingat kembali. Start 11 malam..dah mai contraction yang selang rasanya 3-5 minit sekali cuma tak kuat lagi..kul 3 pagi terus pergi PPUM..kul 7 pagi keluarlah Muhammad Ziyad Zafry..
Oh..plan ingat nak buat makan-makan sempena burfday Ziyad tapi bajet agak ciput jadi buat makan tuk family je laaaa....kebetulan family semua nak datang tidur rumah weekend ni..jadi boleh laaa...
Ni Noor tengah suapkan Mini Album tuk Ziyad. Kebetulan jumpa dalam Groupon..tuk pakej Mini Album ni hanya RM 10..tuk 36 muka surat..jadi ok laaahh...kalau nak tambah..caj pun bertambah lah juga.
Penghantaran ke seluruh Malaysia. Kita designkan sendiri..then diorang akan print dan pos ke alamat selepas bayaran diterima. Jika anda berminat silalah ke groupon. EH..Noor lupa lak apa link dia. Nantilah kalau Noor guna pc Noor updated. Ini guna hp..jadi agak leceh nak buka banyak windowkan..
Haaaa...jangan lupa tau. Promosi Collagen Powder bayar 6 kotak tapi dapat 7 kotak dan juga Mealshakes bayar untuk 3 tong dan dapat 4 tong masih lagi berlangsung. Cepat rebut peluang ni..sebelum promosi tamat.
Nak order..wasap/ wechat je Noor ye.. nak order Tamar Cocoa pun boleh jugak.
Noor
013.243.4729
013.243.4729
Tiada ulasan:
Catat Ulasan