Sebenarnya Ziyad kena follow up pada 15 May 2014 pada jam 3 petang bertempat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tapi kami pergi pukul 2 petang. Masa tu pun dah ramai orang. Ini follow up untuk kes yang Ziyad kena tahan wad tempohari.
Jumpa pun doktor yang dari wad 8PB juga. Doktor cuma nak tahu perkembangannya saja semasa dirumah. Mummy cuma inform yang badan Ziyad naik ruam / eczema je..hilang pastu naik balik..kat kemaluan pun ada la sikit bijik merah..bila doktor tengok katanya macam kulat. Jadi, doktor ada la bagi ubat sapu. Alhamdulillah, sekarnag dah baik. Badan pun tak de lagi merah. Mungkin sebab imun Ziyad baru nak ok kan..
Ook, berbalik kepada follow up doktor, masa dalam wad, ada la diorang ambil sampel darah untuk periksa..dan memang ada virus dalam darah. Masa tu, darah merah ziyad kurang dan darah putih pula tinggi. Darahnya tak stabil la bagi budak yang seusianya. Jadi, doktor sarankan Ziyad kena banyakkan pengambilan protein. Ini bagi membantu membawa oksigen yang banyak ke otak. Untuk membuatkan anak cerdik pandai kena pastikan yang otak menerima oksigen yang mencukupi serta menerima protein yang banyak. Ziyad kena makan ayam, sayuran hijau, ikan dan paling bagus makanan orang miskin iaitu ikan bilis.
Selain itu, ibu juga digalakkan mengambil vitamin D dan Zinc untuk membantu anak disebabkan anak masih menyusu badan. Wahh...mummy cuma ambil vitamin D saja!! Ini tidak cukup sebab keperluan ibu akan dikongsi bersama anak.
Jadi, doktor bagi tempoh 5 bulan lagi..next follow up pada bulan 10. Time tu baru ambil darah Ziyad untuk tengok keadaannya macam mana.
Oleh itu, mungkin disebabkan saranan doktor untuk mummy mengambil vitamin...mummy pun join la Shaklee..dulu Mummy memang nak join tapi disebabkan rasa macam tak perlu, so tak payah lah. Lagipun mummy tak makan vitamin pun tak apa..makan je sayur & ayam!! Hah..amik ko!! Banyak mana nak ambil, mana cukup kalau setakat telan sayur dan ayam masa tengahari je..ish..ish...
Demi kesihatan mummy serta ziyad, mummy pun makan juga Shaklee..
Sambil makan, sambil share, sambil jual..
Laaaiii...laaaiii...sapa nak vitamin mai wasap mummy ye..
Nak beli murah, meh join..sure harga lebih murah!!
1 ulasan:
Salam sis...
Sori..out of topic..sy nak tanya..sis anta ziyad kt pusat jagaan al farabi ke?ok x tmpt tu?
Emel sy sis...tq norafiza13@gmail.com
Catat Ulasan