#25 Februari 2014 Selasa
Lebih kurang pukul 10 malam kot, time tu Zarif dah tido pun..daddy perasan yang kadar pernafasan dia tak seperti biasa..laju sikit dari selalu..so, minta Mummy check juga..mana la tau, kot daddy salah tengok kee...bila mummy & daddy confirm yang pernafasan Zarif laju, terus kami siap dan membawa segala keperluan sebab nak standby kot kot la zarif kena tahan wad lagi..kami terus bawanya ke bahagian kecemasan untuk kanak-kanak..(Padeatrik Emergency) kat PPUM..bila sampai je, terus nurse minta doktor checkkan dia. So doctor suruh berikan nebulizer tuk cairkan kahak. Lebih kurang 30 minit kot pakai 'neb' (tak tengok time..huhu..) baru la Zarif ok sikit..dah boleh nak senyum..sebelumnya dia nampak letih je..ini dah tak reti nak dok diam. Sejam lepas tu, barulah jumpa doktor..lambatkan..sebabnya lepas habis sedut ubat, kena g xray lak..tunggu result tu yang lambat..doctor minta kami buat pilihan samada nak bawa balik or masukkan dalam wad. Jadi untuk tidak mengambil risiko sebab setahun yang lalu, zarif pernah kena jangkitan kuman..minta masukkannya ke wad..biarlah doktor check betul-betul..
#26 Februari 2014 Rabu
Pukul 1 pagi, barulah Zarif dimasukkan ke wad..kali ni daddy jadi penemannya sebab mummy kena bawa ziyad balik rumah..heheh..dapatlah mummy tido lena jap..bukannya apa, bagi daddy merasa camna gayanya bila kena dok tido kat wad..adakah patut, daddy suruh mummy dan ziyad tido dalam kereta je..bayangkanlah!! dengan ziyad nak menyusu lagi..mau sakit badan mummy....sementara nak tunggu ke siang hari.
Tapi bila fikirkan, lebih baik hantar ziyad ke nursery daripada bawa dia ke wad..mummy pun drive la balik ke rumah..pukul 1 pagi!!! memang la syok jalan clear..tapi rasa cam na ntah..mungkin sebab dah lama tak drive malam..rasa kekok la jugak..sampai rumah je, parking dah full..so, parking je la kat mana celah pun..dan semestinya dah blok kereta orang..heheh..sorry ye tuan kereta. Nasib baik lah time mummy drive tu ziyad tidur dengan lenanya..tak jaga langsung.fuuhhhh...semangat..elok masuk je kat rumah, terus ziyad merengek nak minum susu..pastu,..apalagi mummy pun terus la landing sampai pagi..heheh...
8.30 pagi baru mummy hantar ziyad ke taska dan terus ke PPUM..daddy ada call, katanya doktor dah benarkan zarif balik sebab tengok keadaannya ok..besalah, time pagi kan jalan jem..huhu..kul 10++ baru la mummy sampai..huhu..penatnya drive bila jalan jem.
Daddy terus pergi kereta sebab nak sambung tido..heheh..katanya tak leh nak tido sebab nurse datang bagi pakai 'neb'..datang ambil sampel kahaklah..(baru tau..camtu lah mummy dulu..kehkeh..)
Ingatkan dah boleh keluar wad tengahari tu, bila g tanya nurse..katanya doktor KIV dulu..nak check petang karang..aaaaa...kena tunggu lagilah nampaknya..so sementara nak tunggu petang hari..ginilah aktiviti budak Zarif Zaquan ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pukul 3 lebih barulah doktor datang, rupanya tunggu doktor senior tuk double confirm..barulah zarif bolehj keluar wad..alhamdulillah, kali ni zarif bebas dari jangkitan kuman..so tak perlukan antibiotik..cuma kena pantau saja kalau jadi lagi sesak nafas, demam dan sebagainya..
Moga Zarif Zaquan membesar dengan sihat..
Mummy Daddy sayang kamu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan