Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Ahad, 29 Disember 2013

Kepala Luka




dua minggu lepas..Mummy keja minggu tu..budak budak kena la dok dengan Daddy. Dalam pukul 11 daddy call mummy..katanya ZarifZaquan tergelincir lepas mandi. Dia jatuh terkena lantai..so kepala dia berdarah. Yang boleh jadi camtu sebab lantai kat dapur licin..dia lak lepas mandi terus jalan tanpa lap kaki dulu..apa lagi..jatuh la..
Tempat yang Zarif kena tu ada tinggi ngan rendah. Macam tebing la tuk bezakan kawasan dapur dengan ruang tamu..kebetulan kepala kena ngam ngam kat tebing..apa lagi..luka la..

Lepas dapat call dari daddy..hati mummy dah tak tenteram nak buat keja..nak balik..masa tinggal lebih kurang sejam. Daddy call lagi sekali kata darah dah stop..ok la..kalo macam tu. Tunggu mummy habis kerja terus gerak ke PPUM..bahagian kecemasan terus. 

Sampai situ..nurse terus bawa pergi cuci la..so..setelah diperiksa doktor kata lukanya tak dalam..cuma 2 cm je..so doktor cuka tampal plaster je. Katanya sebab luka kecil tak perlulah nak jahit. Cuma kami sebagai parent kena pantau je diam.dalam tempoh 24 jam ni..yela takut ada kesan sampingan macam tak bermaya..muntah..tido selalu..
tapi Alhamdulillah. .Zarif tak alami semua tu..dia sentiasa aktif..cuma bila time nak tidor..dia kata sakit..hehe.. yela..besa tidor terlentang. .tapi ni tak boleh..kena la tido mengiring..

setelah dua minggu..kesan luka tu ada lagi..tunggu rambut tutup kesan luka..hihi..sebah aritu rambutnya kena cukur sikit kat area luka..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...