- Bayi yg berusia 6 ingga 8 bulan perlu diberikan makanan pejal antara 2-3 kali sehari.
- Pada peringkat permulaan, elakkan dari memberi makanan yg boleh menyebabkan alergi seperti telur, kekacang, makanan laut dan keju.
- Makanan pejal yg sesuai untuk bayi adalah puri yg dicampurkan dengan susu ibu bagi mencairkannya.
- Jangan mendesak bayi makan dengan banyak pada satu-satu masa kerana perllu diberikan masa untuk mereka belajar makan makanan pejal.
- Perkenalkan makanan jejari selepas mereka sudah pandai makan.
- Jangan menambah gula ataupun garam di dalam makanan bayi kerana buah pinggang mereka belum bersedia untuk memproses bahan2 tersebut.
- Setiap makanan yg diperkenalkan kepada bayi, perlulah diberi selama 4 hingga 7 hari berturut2. Ini bagi mengetahui tindakbalas tubuh mereka terhadap makanan tersebut sama ada mereka mengalami masalah penghadaman mahupun alahan.
- Jangan mendesak mahupun marah kepada bayi sekiranya mereka menolak makanan yg diberi kerana berkemungkinan mereka belum bersedia.
- Berikan bayi minum air dengan banyak dan makanan yg digemari ketika mereka demam.
Selasa, 5 Jun 2012
~Makanan Pejal Untuk Bayi~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan