Urutan lembut adalah baik untuk bayi anda. Ia dapat membantu sistem penghadaman dan juga meningkatkan berat badan bayi serta membantu dalam perkembangan fizikalnya. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tidur, urutan boleh membantu mereka tidur dengan lebih baik. Urutan juga membantu melegakan kolik dan sakit perut untuk kanak-kanak. Yang paling penting, mengurut bayi anda merupakan cara yang terbaik bagi kedua-dua ibu bapa untuk memupuk hubungan antara mereka dan bayi mereka. Sekiranya anda mengamalkan urutan bayi, cuba lakukannya pada waktu yang sama setiap hari supaya anak anda dapat mengenalinya sebagai rutin.
Mengurut tidak perlu lama, hanya mengurut selama 15 minit adalah mencukupi bagi setiap hari. Pastikan suhu bilik hangat sebelum bermula untuk mengurut, dan bersihkan tangan. Semasa urut, berinteraksilah dengan bayi anda dengan menyanyi, berbual-bual dan memandang matanya semasa mengurut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan